Saturday, 30 January 2016

Santai-santai Swiss Garden Kuantan Pahang

Assalamualaikum wbt 
Salam Sejahtera warga bolgger diseluruh dunia.. 

kali ni teman nak cerite cuti-cuti hujung minggu teman dan famili ke Swiss Garden Kuantan Resort dan Spa selama 2 hari 1 malam. Lepas pada cuti di Swiss Garden Lumut kami ke Swiss Garden Kuantan le pulak. Sebenarnye kami 4 voucher dari maybank kredit kad untuk penginapan di Swiss Garden Hotel Kuantan. itu yg rasa nak mencuba menginap di sini. Dah sampai sini, lepas ni boleh balik ke kampung mertua di terengganu. 

Perjalanan dari Ipoh ke Kuantan ambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam, tengok juge pada driver yg bawa kereta tu dan tengok keadaan jalan raya masa tu. masa kami ke sini, lebuhraya tak sesibuk mana. itu yg boleh check in awal. tapi waktu nak sampai ke sini, cuaca sepanjang perjalanan dari ipoh ke KL ke Kuantan, hujan...so, bawa kereta pun hati2 jalan licin. 





sepanjang perjalanan lebuhraya dari Ipoh ke Kuantan, jalan ok. once dah exit lebuhraya masuk jalan biasa.. Ya ALLAH, ini ke Kuantan. Hakim sampai cakap, macam dalam TV je, dah macam plante marikh. Masa tu hujan, tension betul.. apalagi kereta teman dah tukor warna la.. kalau lecah biasa boleh tahan lagi tapi ini akibat aktiviti perlombongan bauksit yg berleluasa. Memang kesian tengok penduduk kuantan ni. 

kami sampai lobi hotel lebih kurang jam 2 petang, walaupun masa utk check ini jam 3 ptg.. Alhamdulillah, boleh check in, guna voucher tu sekeping je. Masih ada 3 keping, pernah offer kat kawan2 tapi takde sambutan pun. kate deme jauh benor. teman jual sepruh harga je.. boleh tahan bilik dia, tapi dah macam 4 star walaupun standard hotel ni 5 star. kat mana lagi 1 star? kome boleh nilai sendiri keadaan hotel ni. masa sampai hotel ni pun cuaca masih hujan. sebelum sampai hotel ni, kami sempat lunch di RNR Temerloh. makan nasi lauk gulai tempoyak ikan patin alas perut. 

once dah masuk bilik, rehat kejap. kemas2 apa yg patut.. ambil mood sebelum turun swimming pool. hotel ni dekat Beserah. dah kat tengah, antara Kuantan dan Cherating. Hotel yg  menghadap Laut China Selatan. Oklah, waktu nye dah sampai.. anak-anak pun dah tak sabar nak terjun kolam walaupun cuaca masih hujan renyai-renyai. Aktiviti pertama kat hotel ni, masuk swimming pool mandi sampai kecut dan kembang.. My wife macam biasa akan masuk pool dgn suit renang dengan korset PB. Baik utk kesihatan.. korset ni, kalau kome nak tahu. boleh juge bawa masuk dalam swimming pool. sebab tu, kelebihan korset ni 70% utk kesihatan dan 30% utk kecantikan. tak gitu.. hihihi.. 

lepas dah mengalami proses pengecutan dan pengembangan dekat swimming pool, kami naik atas bilik hotel, siap-siap nak mandi dalam tab mandi dalam bilik pulak. masuk dalam tab pulak. jacuzzi dalam bilik... hahaha... eksperimen pengembangan dan pengecutan bermula kembali. Once semua anak-anak dah puas hati dan nampak keletihan. So, eksperimen pun berakhir. Lepas dah mandi semua rasa lapar. So, makan lah ydapan yang dah dibeli masa kat RNR Temerloh tadi, buat alas perut sebelum waktu makan malam. masa ni deme semua tetido keletihan.. 





Kami makan malam dekat restoran berhampiran depan hotel ni je. Restoran - restoran area pantai timur ni, kome nak kena tengok2 juge. ada yg ok dan ade yg tak ok. teman datang sini jalan kaki je. mungkin kalau teman bawa kete deme layan teman bagus kut. itulah tanggapan peniaga yang jahil. tak mustahil, perniagaan yang mcm ni ada turun naik nye. malas nak komen panjang.. servis restoran ni, kalau bagi penilaian..teman bagi gred (D-). 

lepas makan malam dekat restoran tu, teman dan famili kecil teman ni sempat jalan-jalan sekitar dalam hotel sampai ke pesisir pantai. waktu ni cuaca ok dah. teman survey spa.. oh, rata-rata nama tempat dlm hotel ni memang serupa macam di hotel damai laut swiss garden lumut tapi tak pasti samada sama dengan damai laut santubong (entry akan datang). lepas dah jalan2 dalam kawasan hotel, semuanya dah keletihan pada kaki. akhirnya kami balik ke bilik dan tidur.. Selamat Malam. 

esok paginye , sambung balik eksperiment pengembangan dan pengecutan dalam swimming pool lepas pada breakfast. cuaca masa ni masih mendung. yang syok nye masa mandi kat swimming pool ada staf resort bagi ais krim kat kami. pergh..menggigil la kami makan ais krim masa tu. pernah cuba makan ais krim masa mandi? try sekali.. hahaha... aktiviti mandi manda kami terhenti disebabkan hujan makim lebat. So, naik bilik sambung balik dengan aktiviti jacuzzi.. sampai betul2 kecut. once semua dah kecut, kami siap2 nak check out.. masa check out cerah pulak. 





bila dah selesai urusan check out.. adoi, sakit hati betul tengok keadaan kereta punya warna. dah macam dalam FB punya viral.. so, kalau nak datang kuantan..jangan cuci kereta dulu. Hehehe.. 
ok, sehingga berjumpa di entry yang akan datang.