Sunday, 3 January 2016

Pi Mai Pi Mai Tang Tu; Jalan-jalan Penang

Assalamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera warga blog di seluruh dunia, 
Entry kali ni, jalan-jalan ke Penang. Teman dan famili jalan-jalan ke Penang sebab nak jenguk rumah adik disana. Sambil jengk sambil jalan-jalan sana.. Tapi tak sempat singgah Penang Island sebab jalan-jalan 2H 1M je.. 

Kami bertolak dari Ipoh, Perak lebih kurang lepas waktu zohor. Perjalanan dengan kereta ambil masa lebih kurang 1jam 30minit bergantung kepada keadaan lebuhraya. Kalau ikut highway waktu sesak, confirm lagi lama nak sampai Tol Juru. Kadar bayaran tol dari Tol Jelapang sampai ke Tol Juru, RM16.00 (ini yg terkini 2015). Kalau kadar nye naik kena tanya orang yg berkenaan.. hehehe.. 

Sebelum sampai rumah adik, kami singgah kejap di RNR Bukit Merah, buang dan isi apa yang patut. Hehehe... 

Tapi rumah adik tak sampai tol juru pun, terpaksa patah balik. Rumah adik di Simpang Ampat. Susur keluar Simpang Ampat adalah selepas susur keluar ke Jambatan Kedua Pulau Pinang. Banyak kawasan industri kat area ni. So, banyak la lori kecil dan besar keluar masuk ikut jalanraya. 

Once dah sampai ke destinasi yg dituju. Biasalah..merehatkan diri sebelum merancang tempat yg nak dituju lepas ni. Sampai pun dah lepas waktu asar.. So, kami plan lepas maghrib baru nak cari tempat utk dinner. Tempat utk dinner kali ni adalah Restoran Mee Udang kat Titi Timbul (dulu ada la nampak Titi Timbul ni, tapi sekarang dah jadi jambatan). 
Lokasi dinner malam ni dekat Sg Dua, exit tol PLUS Sg Dua, ambil susur ke Sg Dua, jalan terus..sampai nampaki sigboard yg mcm gambar dibawah. 

Gambar dibawah, inilah kedainya. Parking kereta nya banyak sikit, dari yg tepi2 jalan tu. Itu yg menjadi pilihan..lagipun, restoran ni dah lama bertapak disini... Udang2 bye fresh dan gred AAAAA punye.. Hahaha.. 







Lepas makan, terus balik rumah...sambung aktiviti esok pagi. Zzzz.. 

Pagi-pagi esok, terus siap2 berkemas nak balik rumah. Kira check out la. Adik ajak gi Showhouse Eco Meadow di area Smpg Ampat. Kira cuti kali ni, tak banyak tempat nak melawat kerana masa dah suntuk. Kat sini, yg menariknya adalah dekorasi tapak projek perumahan tersebut. Dibuat macam di Holland. Itu yg byk Windmill.. 
Once dah habis lawatan, terus balik rumah... balik awal sikit sebabnya takut highway sesak. Ok, jumpa entry yang akan datang. 



My Famili: My Sister, My Brother and My Lovely Mum, also My Wife and My Kids



My Kids