Sunday 21 February 2016

Fakta Tentang 9 Warna

Psikologi Warna: Maksud 9 warna ini yang mungkin anda tidak tahu.


assalamualaikum wbt warga blog sekalian, 

hari ini saya nak bercerita tentang warna, jom!!

Hitam/Kelabu 


  • hitam adalah warna formal dan dipakai oleh ramai wanita sebagai uniform dalam sesuatu organisasi atau bisnes.
  • memakai warna hitam dari kepala hingga kaki (dari hijab hingga kasut dan aksesori) adalah mudah. Tidak perlu fikir kombinasi warna lain yang sesuai. Namun, ia membawa maksud seseorang itu kurang imaginasi dan kreativiti. Tidak digalakkan bagi mereka yang terlibat dalam industri yang memerlukan mereka untuk jadi kreatif.
  • juga membawa maksud mahu sembunyi atau 'invisible'. 
  • pakai bersama aksesori berwarna lain untuk menyerlahkan penampilan. 
  • warna hitam juga bermaksud istirehat. 

Coklat 


  • coklat adalah 'earth colour', warna yang melambangkan mood relaks
  • coklat melambangkan peribadi yang peramah, rendah diri, juga serius. 
  • orang yang memakai warna ini akan kelihatan 'less threatening'. 
  • warna ini akan kelihatan lebih menarik jika dipadankan dengan warna lain yang sesuai.

Beige 

  • Warna ini sesuai bagi menggantikan warna hitam dan coklat. 
  • Beige adalah kategori warna natural. Pemakai akan kelihatan peramah dan mudah didekati. 
  • Warna ini sangat ideal bagi mereka yang terlibat dalam bidang kaunseling, Human Resource dan kejururawatan.
  • Warna ini perlu dipakai dengan warna yang kontra untuk kelihatan lebih menarik

Putih 

  • semua orang harus memiliki pakaian yang berwarna putih, sama ada dipakai dari hijab ke kasut dan aksesori lain ataupun dipakai bersama warna yang kontra. 
  • agak sedikit sukar mendapatkan warna putih yang asli, kerana warna putih ada beberapa tona yang berbeza, iaitu putih lembut (soft white), 'ivory' dan krim. 
  • warna putih melambangkan kesucian, tenang dan relaks.
  • pakaian berwarna putih sesuai dipakai dalam cuaca yang panas kerana warna putih memantulkan haba dan cahaya.
  • namun, ada cabaran dalam memakai pakaian berwarna putih; iaitu mengekalkan kebersihan dan warnanya.

Biru 


  • warna biru adalah warna komunikasi, melambangkan logik dan mengaktifkan minda.
  • biru juga melambangkan kepercayaan, kedamaian dan selamat.
  • warna 'Dark Navy Blue' selalunya dipakai oleh pegawai penguatkuasa undang-undang seperti uniform Polis. 
  • warna biru dikatakan boleh 'stimulate' minda dan membuatkan komunikasi lebih lancar. 
  • dicadangkan untuk memakai warna biru setiap hari Rabu atau ketika mesyuarat, presentation atau aktiviti/majlis yang memerlukan seseorang itu menggunakan suara dan berkomunikasi dengan banyak atau kerap.

Pink (Merah Jambu) 


  • warna merah jambu memberi maksud lembut, 'understanding', dan menyerlahkan lagi sifat feminin seseorang wanita.
  • merah jambu adalah warna yang sesuai dipakai untuk menyerikan hari atau menggembirakan perasaan sedih.
  • lelaki yang memakai warna merah jambu dianggap berani dan sangat yakin dengan dirinya. Ada juga yang menyifatkan lelaki yang suka memakai warna merah jambu sebagai suka mengambil perhatian wanita. 
  • warna merah jambu juga melambangkan kasih sayang dan dikatakan dapat menarik energi kasih sayang dari orang sekeliling. Jadi, jika mahu lebih kasih sayang daripada orang sekeliling, banyakkan memakai warna pink, sama ada pada hijab, pakaian atau aksesori. 

Ungu 


  • warna ungu melambangkan kreativiti, sensitif.
  • warna ungu gelap membawa maksud misteri. Mereka yang gemar warna ungu gelap mungkin mempunyai personaliti misteri, sukar difahami. 
  • ungu lembut juga warna meditasi dan warna spiritual. Warna lembut seperti 'soft lilac' dan 'violet' membangkitkan rasa relaks.

Merah 


  • Merah adalah warna energi. Dengan memakai pakaian atau aksesori berwarna merah, seseorang itu akan rasa yakin diri. 
  • warna merah dapat membangkitkan tenaga. Warna ini sesuai dipakai di penghujung minggu bekerja di mana biasanya tenaga sudah berkurangan. 
  • merah juga membawa maksud garang, tuah, kekayaan dan juga kuasa. 
  • namun, tidak digalakkan untuk memakai warna merah untuk menenangkan anak kecil yang sedang menangis. 
  • jika memakai pakaian berwarna merah, berhati-hati dalam memilih warna lipstick. Pastikan warna lipstick adalah sama tona dengan warna merah pada pakaian. Boleh sedikit cerah atau sedikit gelap. 

Hijau 


  • warna hijau amat sinonim dengan warna rumput, daun dan memberi kesan rasa tenang  dan aman. 
  • hijau juga salah satu warna kegemaran Nabi Muhammad SAW. 
  • mereka yang suka memakai warna hijau juga sukakan kedamaian dan ketenangan. 

Sedikit tips...

  • merah menunjukkan 'sense of authority'. Jika anda seorang bos dan terlibat dalam mesyuarat atau perbincangan yang melibatkan mahu memecat pekerja, pakai blouse atau tali leher berwarna merah, ia memberi efek garang. 




Pakai pakaian berwarna biru untuk dapatkan kepercayaan pihak satu lagi dalam perbincangan. 


Jika anda terlibat dalam perbincangan untuk mencapai satu keputusan dan agreement, pakai pakaian berwarna hijau.


Mudah-mudahkan info ini berguna. :) 









No comments:

Post a Comment