Wednesday, 30 May 2018

Premium Beautiful Tips by Noharyani - Ramadhan Kareem 1439H


Assalamualaikum 

Ada beberapa tips yang kita boleh gunapakai untuk kekal cergas di bulan Ramadhan:

Ambil makanan TINGGI SERAT masa sahur. Ini untuk membantu kita kenyang lebih lama. Sumberterbaik untuk serat adalah sayuran jenis kacang (beans), whole grain (whole-wheat, roti & pasta), beras perang, kekacang, berries, buah pear dan epal, oatmeal dan sayuran hijau


Wajib ambil PROTEIN setiap pagi. Protein melambatkan rasa lapar dan memberi tenaga. Telur, yogurt, kacang, soya, ikan dan daging adalah sumber protein. Tapi jangan berlebihan terutama sekali bila makan sumber protein yang berlemak macam daging. Paling Mudah Amalkan SHAKE ME + MIN KAFFE. Ada proof testimoni turun 10kg tau bulan puasa.

Makan LEMAK BAIK sebab lemak baik boleh buat kita rasa kenyang lebih lama kalau nak banding dengan makanan bergoreng. Avocado, kekacang, mentega kacang, buah zaitun, minyak zaitun boleh jadi sumber lemak baik. Elakkan makanan bergoreng seboleh mungkin.

Sentiasa makan BUAHAN atau SAYURAN masa sahur. Tapi jangan makan ni saja, kena lengkapkan dengan sumber lain jugak.

Makan buah-buahan dan sayuran yang tinggi kandungan air macam tomato, timun, kobis, tembikai dan oren untuk kita kekal hidrat. Elakkan jus yang tinggi kandungan gula sebab gula akan buatkan kita gemok. Pastikan minum 2 gelas air kosong masa sahur.

Cuba untuk SEIMBANGKAN nutrien semasa sahur dengan cara kita gabungkan PROTEIN, SERAT, LEMAK BAIK & AIR. Sekali lagi, jangan sampai berlebihan yer.

Semoga bermanfaat dan dapat membantu kita semua untuk kekal cergas sepanjang tempoh berpuasa di bulan Ramadhan kali ni.

Salam Ramadhan 





💖




No comments:

Post a comment