Monday, 28 May 2018

No1 Certified Premium Beautiful Expert Tips Kekal Positif


Tips atau Cara menaikkan semangat supaya kekal positif

 Pergi menambah ilmu. Hadiri seminar, class dan coaching bersama mentor. Bila ilmu kita bertambah, makin mudah kita nak menguruskan perniagaan dan membahagikan masa antara kerja dan personal. Belajar tips-tips berniaga sambil bekerja dan tips-tips menjimat kan masa dengan kerja. Time management.

 Buat je apa yang perlu dan abaikan segala r
ungutan atau alasan yang melintas dalam fikiran. Jangan tunggu sempurna, buat je dulu. Jangan tunggu kita dah berjaya baru nak ajak orang sama berjaya. Sedangkan cara kita atasi stress pun kira satu kejayaan. Sama jugak, jangan tunggu kita dah kurus baru kita nak jual produk kurus cara sihat. Mula je sekarang tanpa tunggu.

 Mendengar dan membaca sesuatu yang boleh buat kita ter motivasi. Boleh dengar pakar motivasi dari prof muhaya dan juga melihat serta study perjalanan mentor-mentor yang dah berjaya. Orang kata pembakar semangat kekal-momentum dalam berniaga.

 Berusaha untuk keluar dari comfort zone dengan cara mencabar diri dan meletakkan diri pada situasi yang getir supaya kita terpaksa berusaha untuk bebas.
Insyallah, Allah bantu dan akan ada hikmah di sebalik kesusahan dan pengorbanan. Bersangka baik dengan Allah.

Ini menaikkan semangat untuk kita kembali di track dan mengembalikan momentum untuk berniaga dengan lebih keras. Ikut gerak hati apa yang kita rasa membantu kita. Lain orang lain pencetus nya. Cuba lah yang terbaik💪💪




No comments:

Post a comment