Sunday 24 February 2019

Trip Krabi 1st Day

#TripKrabi


Alhamdulillah, baru sempat siapkan video untuk first day cuti di Krabi kali ni. Baru siap itinerary first day. Dari video ni dah boleh tahu aktiviti kami di krabi dan aonang. next, nak siapkan video untuk hari yang seterusnya.

Bukan senang nak bawa 3 anak kecil pi melancong ni. Macam - macam persediaan kena buat. Ini trip kali kedua kami ke Krabi Aonang bersama - sama. Yeahh..memang senang bila dah kenal spot² yang menarik kat Ao Nang. Ao Nang Krabi, Here we come. 11 Nov 2018 sehingga 14 Nov 2018.

Bermula dengan perjalanan dari Ipoh ke KLIA2 seawal 7pagi. Kami kerahkan Hakim, Hannah dan Hanis untuk bangun awal hari hujung minggu. Alhamdulillah, perjalanan ikut lebuhraya memang lancar. Kami parking kereta kat KLIA2 untuk 3 malam je. Alhamdulillah, mujur dapat parking yang senang akses dengan KLIA2 getaway.

Bila dah masuk KLIA2. Kami sempat sarapan dulu, sebelum check in luggage. Check in body dah buat sehari awal, buat kat rumah. First time buat bag tagging, sebelum check in luggage. Alhamdulillah, semua ok. Once dah check in luggage. Kami ready untuk ke departure hall. Kami pun terus ke departure gate. Seperti biasa, 2 kali proses imigresen. Happy² je anak² masa ni. Lepas proses imigresen dan passport, terus ke departure gate. Memang peak hour masa ni. Mujur gate tak jauh. Akhirnya sampai juga flight kitorang.

Penerbangan ke Krabi tak lah lama mana. Setakat 1 jam 20 minit je. Jauh lagi, kalau ke Kuching atau ke Kota Kinabalu atau ke Ho Chi Minh mahupun ke Bandung. So, anak² tak rasa boring sangat. Asyik duk menyembang je dalam flight. Dalam flight, kami dah siap² book meal thru online. So, masa touch down nanti. Anak² tak terasa kelaparan.

Alhamdulillah, akhirnya selamat mendarat di Krabi International Airport. Awal 15 minit dari ETA (Estimation Time Arrival). Bila dah lepas semua proses kat airport. Tempat yang pertama, kami singgah cari data plan Internet. Ternampak kedai telco AIS. So, kami beli data plan yang berharga 299 bhat. Boleh cover internet sepanjang percutian kami. Line pun laju jugak. Then, kami cari van untuk ke hotel. Alhamdulillah, dapat cari Van yang boleh muat 10 penumpang dari Airport ke Aonang Beach dengan harga 600bhat. Van memang selesa.

Bila dah sampai ke Hotel, kami pun terus check in. Dah kali kedua kami book hotel ni. Antara sebab kami pilih hotel ni sebab berdepan dengan pantai Ao Nang. Senang anak² nak mandi laut. Kira mudah jugak nak cari tempat makan kat sini.

Lepas dah segarkan badan kat tilam hotel, aktiviti kami seterusnya cari tempat makan kat area ni sebab ada yang dah tak sabar nak rasa makanan thailand. Kami on saja. Oh, waktu kat Krabi, lambat sejam dari waktu Malaysia. So, waktu solat akan jadi awal.

Aktiviti lepas maghrib, kami ke Krabi Night Market. Jalan-jalan cari makanan lagi. Cuaca masa ni, tak sejuk dan tak berapa panas. Boleh la. Kami naik tuk tuk ke Krabi Night Market dengan harga, alamak dah lupa pulak. Kami book tuk tuk tu pergi dan balik sekali tapi memang berpatutan sebab ambil dan hantar depan pintu hotel. Sampai kat Krabi Night Market, kami pun pusing-pusing cari jajan untuk anak² sampai penat. Lepas semua dah penat berjalan kami pun pulang ke hotel.

Kami saja tinggalkan Hakim, Hannah dan Hanis kat bilik hotel sebab nak pi massage. Trip sebelum ni, tak dapat nak merasa massage kat Krabi. Perghhhh..merasa jugak massage kat AoNang ni. Memang superb, harga berpatutan. Kami pi berpasangan ye. Kalau pi sorang² memang tak dapat lah.

Oklah setakat tu je aktiviti untuk hari pertama kat AoNang. Tunggu update untuk hari kedua untuk video yang seterusnya. ✌πŸΌπŸ˜πŸ˜†πŸ‘πŸΌ

www.noharyani.com

No comments:

Post a Comment