Wednesday 27 February 2019

Akademi B32 ~ Free Coaching and Mentoring

Assalamualaikum & Morning.
Cerita kelas di Akademi B32 pada 23 Feb 2019.


Kena tepuk bahu lagi #bossku ? Memang tak senang hati nak lunch. 🤔

Ahaa..tak boleh jadi ni. Kena buat sampai menjadi lepas ni. Aura positif, lepas kelas ilmu semalam masih hangat membara 🔥🔥🔥. Masih terngiang-ngiang dalam fikiran apa yang diperkatakan oleh master sifu yang duduk sebelah saya ni. 😊

"Tua punya Orang Muda","Muda punya Orang Tua". You all pilih yang mana? 😉🙄 Nanti you all boleh terjemahkan ikut pandangan peribadi you all. Kata-kata yang penuh dengan maksud. Itu antara salah satu kenyataan dari mulut master sifu ni. 🤗

Alhamdulillah, bersyukur sangat. Memang best,  bila dapat bersama-sama usahawan dari serata tempat yang nak meningkatkan ekonomi rumah tangga masing-masing. Bukan hanya ilmu jadi jutawan yang diperolehi. Termasuk juga ukhwah silaturrahim bersama-sama usahawan yang kami perolehi dari majlis ilmu sebegini. Antara pakej menarik dari #AkademikB32 😮👍🏻

Bermula dari tengahari sampai ke malam. Memang kami tak lepaskan peluang bila dapat jumpa master sifu. Ilmu untuk jadi jutawan dan semuanya percuma. Cuma nak parking kereta je kena bayar RM1.0 singgit. 😄😁

Alhamdulillah. Semangat dari kelas ilmu semalam masih hangat membara.🔥🔥🔥

Macam-macam ilmu kami dapat, dari Akademi B32. Bermula dari tengahari sampai ke malam.
Rasa tak puas, duduk bersama-sama usahawan dari serata tempat. Sememangnya lagi ramai, confirm lah lagi meriah. Lagi ramai malaikat, akan bersama doakan kita dalam majlis ilmu macam ni.

Bertuah sungguh, kami dapat lihat kejayaan usahawan yang bergelar Diamond MYR 2.0Juta diraikan bersama-sama. Ni baru di Akademi B32, belum lagi syarikat #SHOM raikan. Bukan setakat potong kek je, malah dapat FREE #iPhone10 dan handbag #Bonia tau, hadiah dari sifooo kami, iaitu Pemilik B32 ni.

Dapat pulak tadah telinga, dengar sendiri perkongsian ilmu dari speaker hebat dan sharing real testimoni. Tambah lagi suasana ramainya orang yang ambil peluang untuk berjaya dalam bisnez ni. Ramai juga newbies 1st jejak kaki pun ada. Best kan. Memang shiok!! Mereka suka dengan ilmu pasti tak lepas peluang nak dapat ilmu nilai juta-juta ringgit macam ni, lagi-lagi dapat ilmu percuma je.

Paling best, slot akhir sekali dapat sentuhan kata-kata mutiara dari sifu. Bestttt sangat-sangat. Walaupun berlainan pegangan tetapi ukhwah sesama manusia di titikberatkan. Baru lah dapat capai impian dan matlamat bila kita sertakan komitment.

P/s: Sempat lah naik atas stokis punch #MinKaffe and #GaramBuluh.

Kredit kepada boss Halmie untuk short video ni. 👍🏻

www.noharyani.com

No comments:

Post a Comment