Monday, 25 February 2019

Trip Bajet Krabi Day 2

#TripKrabi #2ndDay



Bamboo Island - Phi Phi Island - Ao Nang Mosque

Aktiviti hari kedua kami di Ao Nang Krabi, akan dimulakan dengan aktiviti Island Hoping di Phi Phi Island. Kami dah siap² beli tiket Island Hoping ke Phi Phi Island by speed boat. Harga yang kami dapat, 4000 bhat. Jenuh duk round² area hotel untuk dapatkan harga island tour yang berpatutan. At last dapat cari tour agent depan hotel kami je.

Untuk Island Tour Phi Phi Island by speedboat ni dah complete dengan snorkeling, life jacket, insurance, lunch and dessert. Tour agent akan bawa kami ke berkumpul ke jeti dari depan hotel untuk pergi dan balik. Just bawak baju mandi je. Tempoh masa Island Tour, dari pukul 9.30 pagi hingga 4.00 petang. Hehehe.

Kami dibawa berkumpul di jeti. Macam best jeti untuk tour agent kali ni, memang recommended. Tak perlu jejak pasir pantai, rendam selipar bagai untuk naik speed boat. Dari jeti terua naik speedboat.

Tempat yang pertama kami singgah adalah Bamboo Island. Pasir pantai memang A, air laut memang A+. Kami memang menikmati dan mandi sepuasnya dekat pulau ni.

Tempat yang kedua, kami menuju ke Pulau Phi Phi Island Kecil, kami mandi laut di beberapa hotspot kat pulau ni. Kali ni, Maya Bay ditutup sebab tempat tu tengah repair kawasan terumbu batu karang yang dah banyak rosak. (boleh tengok video kami, memang syok tau).

Lepas dah puas dan keletihan mandi, kami singgah di Pulau Phi Phi Island Besar untuk lunch. Lunch disediakan di dewan makan. Kami makan sepuasnya. Lepas makan, kami saja round² dalam pulau tu. Memang meriah dengan umat manusia. Macam² bangsa yang ada, termasuk penduduk pulau tu.

Lepas lunch, kami dibawa pula ke tempat snorkeling. Kami snorkeling berlima. Cuti sebelum ni, Hanis tak dapat nak join masuk air laut sebab tak sediakan life jacket. Tapi kali ni, kami semua mandi kat laut. Hahaha. Try tengok video, syok Hanis dapat mandi kat laut dalam.

Lepas aktiviti snorkeling, aktiviti untuk Island Hoping pun dah habis. So, waktu pulang ke daratan tanah besar. Masa dalam speedboat, kami diberikan buah²an untuk dessert sementara sampai ke daratan. Memang layan masa ni, sampai tertidur dibuai kelajuan speedboat.

Apabila dah sampai ke jeti, kami dibawa pulang oleh tour agent ke hotel dengan tuk tuk. Takde nak salin² baju, semua pun dah basah sebab mandi air laut. Sampai kat hotel, sempat masuk pool hotel sebelum mandi kat tub bilik.

Itulah anak² kami, selagi dapat main air selagi tu lah tak siap. Bila rasa lapar, semua pun stop mandi. Kami siap² nak cari makan malam. Kali ni, cari makan kat area masjid Ao Nang. Alhamdulillah ada kedai makanan yang diyakini kehalalannya. Memang puas kami makan kat situ. Sampai waktu Isyak kami lepak kat area masjid Ao Nang.

Ok, setakat tu je aktiviti untuk hari kedua. Jumpa lagi, untuk aktiviti hari ketiga kami di Ao Nang Krabi. ✌πŸΌπŸ˜˜πŸ‘πŸΌ

No comments:

Post a comment