Monday 28 December 2015

Jalan - jalan ke PetroSains KLCC

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera, 

Apa khabar semua blogger di seluruh dunia... Harap sihat dan ceria selalu. 

Kali ni teman nak cerite pasal lawatan atau jalan-jalan ke PetroSains KLCC. Udah ada anak 3 baru teman dapat jejak kaki ke PetroSains KLCC ni. Masa belajor kat sini dulu, tak sempat nak singgah sini.. hahaha.. 
Teman & family datang sini masa cuti sekolah sebelum puasa hari tu. Masa tu cuti sekolah, bawak le anak-anak sekali. Lame benor, baru nak update cerite. Baru datang mood nak nulih dalam blog ni. hahaha.. 
Petrosains ni terletak kat KLCC Shopping Mall tingkat atas sekali. Waktu operasi PetroSains; 


Visiting Hours

DaysHours
Tuesday – Friday9:30am – 5:30pm (Last Admission: 4:00pm)
Saturday, Sunday & Public Holiday9:30am – 6:30pm (Last Admission: 5:00pm)
MondayCLOSED (except on Public Holidays and School Holidays)
Buka setiap hari sepanjang tahun kecuali masa cuti Raya Puasa dan cuti Raya Haji. 

Harga tiket pulak macam ni; 


Tickets

Admission RatesWith MyKadNon-MyKad
Senior Citizen (56 years & above)RM 8.50RM 19.10
Adult (18 – 55 years)RM 15.90RM 26.50
Youth (13 – 17 years)RM 10.60RM 21.20
Child (3 – 12 years)RM 5.30RM 15.90
Child (2 years & below)Free Admission
Petrosains Family Packages (2 Adults & 2 Children)RM 31.80RM 53.00
Harga tiket dah termasuk GST 6%. 

Masa teman pergi ada pakej utk family. Kira ada diskaun le.. Alhamdulillah.. 
Cuti sekolah memang crowded masa nak masuk PetroSains KLCC ni. Kena beratur panjang. Ada la dalam setengah jam beratur sebelum dapat masuk ke dalam. Apa yang menarik, masa nak masuk ke dalam galeri PetroSains ni kita dibawa menaiki Dark Ride yang menggunakan (lebih kurang mcm keretapi bentuk bola).. Anak-anak teman kagum bila naik benda tu.. hahaha.. kalau budak-budak mesti seronok.. lama jugak naik tren kecik tu. Masa naik benda tu, ada persembahan audio visual sekali. 
Once dah sampai platform di dalam, baru dapat masuk galeri2 PetroSains ni. Macam-macam galeri ada dalam PetroSains ni. 
Space Gallery, Time Tunnel, DioRama, Science Station, Sparks Gallery, Oil Platform beserta simulator sekali, Music and Art Science, Spped Gallery, Refinery, Nano Molecule dan Future Energy. Lebih kurang ada 2 tingkat bangunan untuk tempatkan semua galeri-galeri ni. Memang puas, dan kita boleh tahu apa pekerjaan yang berkaitan Oil & Gas ni. Dalam Galeri PetroSains ni ada juga sediakan surau dan kafe. Ada juga galeri yang memerlukan tiket, bagi kemudahan yang disediakan (erti kata bayar asing). 
Ok setakat ni saje, cerite di PetroSains KLCC kali ni. Jumpa di entri akan datang. 


Sebelum masuk Galeri PetroSains KLCC 


Saintis Cilik tengah buat eksperimen 


Angkasawan Hakim sedia nak ke planet marikh


Angkasawan Hannah sedia nak ke bulan bintang 


Angkasawan Hanis sedia nak ke planet pluto 


No comments:

Post a Comment