Tuesday 26 November 2019

Travelog Family Trip Seoul Nov 2019

Ahamdulillah, berkesempatan juga siapkan cerita Family trip ke Seoul. Trip yang dirancang dalam tempoh setahun. Pada awalnya, ada pilihan sama ada nak ke Tokyo atau nak ke Seoul. My hubby pilih ke Tokyo, saya pilih ke Seoul.

Oleh kerana tahun lepas, Tokyo dilanda bencana alam. So, kami decide pilih Seoul sebagai destinasi pilihan tahun 2019. Kami beli tiket fligt thru AirAsia masa promosi tiket murah. Kena bersabar dan buat cepat masa buat pembelian. Salah satu tips yang kami dapat, beli dulu tiket. Add on kemudian.

Alhamdulillah, dapat juga beli. Lepas dah beli tiket. Kami siapkan itinerary awal. Download apps yang berkaitan. Memandangkan trip kami ni jenis family backpackers. Then, kami cari homestay area Seoul. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga homestay yang sesuai dengan kami berlima. Banyak study kami buat untuk trip ni. Sehari sebelum trip pun sempat kami buat study. Nak kata trip budget pun tak jugak, sebab kami bawak anak-anak kecil. Boleh dikatakan backpackers family trip.


Day 1.
Jom kita bermula dari Day 1 trip ke Seoul, Korea. Seawal jam 11 malam, kami gerak dari Ipoh dan sampai di KLIA2 dalam jam 2pagi. Anak-anak ketiduran dalam kereta sepanjang perjalanan dari Ipoh sampai ke KLIA. Sebabkan dah lama tak sampai ke KLIA2, makanya nak cari tempat parking pun sedikit kelam kabut. Akhirnya dapat juga parking yang dekat dengan entrance.
First thing kena kejut dulu anak-anak, maklumlah pukul 2pagi. Lepas kejut, kena bagi fresh badan. So, kami singgah kejap hotel capsule transit untuk mandi dengan water heater. Ada dikenakan caj untuk kami. Lepas mandi, kami siap2 tukar baju. Alhamdulilah, lega bila dapat cuci segala air liur basi. Hehehe. Lepas dah bersiap, kami get ready untuk check in luggage. Kami siap2 print bag tag kat kiosk. Jam menunjukkan pukul 4pagi. Masa ni, masih tak ramai umat manusia lagi. So, tak rasa terkejar dan rasa smooth je. Selesai check in luggage. Kami pun breakfast dulu, sebelum entrance international check in. Awal kami breakfast, pukul 4.30pagi tu. Pukul 5.30pagi, baru check in kat gate international. Alhamdulillah, dapat solat subuh kat airport. Masa ni, dah ramai umat manusia. Semua tempat pun jadi penuh termasuk surau atau rest room. Gate kami antara yang paling jauh. Kena sampai ke Gate Q10, baru jumpa pintu masuk ke airplane. 30min ambil masa jalan kaki. Alhamdulillah, once dah masuk dalam airplane. Flight boarding tepat jam 7.15pagi.
Kitorang dah book siap2 add on dalam itinerary untuk meals dan entertainment. Untuk menghilangkan rasa lapar kami book meal dan untuk menghilangkan rasa boring pulak, kami dah siap2 book TAB. Anak2 masuk je airplane lepas 30min, terus tido. Tido, bangun, tido, tak sampai lagi. Sabor, flight kita ni 6 jam saje. Kat luar nampak langit, awan dan laut saja. Once kapten inform dah nak sampai, baru lah nampak daratan bumi Korea Selatan. Alhamdulillah.

Bila dah landed kat Incheon airport, jam dah menunjukkan pukul 2.50petang. Beza sejam dengan waktu Malaysia. Kena settlekan dulu perihal imigresen dan passport. Masa dalam flight, kami dah siap isi form dan declare info2 yang sepatutnya. Senang, tak kelam kabut masa proses imigresen. Memang terbaik proses imigresen kat sini. Kita datang sebagai tourist, so mereka akan layan sebaiknya. Alhamdulillah. Lepas dah proses imigresen, proses ambil luggage pulak. Baru boleh keluar dari airport.

Once dah selesai perihal dalaman airport. Kami terus ke kedai beli TMoney kad. Dah google dari awal, beli kad ini untuk mudahkan travel kat seoul nanti. Siap top up kan sekali. Untuk anak2, ada special sikit. Just tunjukkan passport, dan register. Anak2 akan dapat diskaun masa naik semua transport kat Seoul nanti. Mudah je.

Then, kami cari kaunter tiket bas airport untuk ke homestay kami kat Seoul. Ini pun dah google awal2, bas nombor berapa yang kami patut naik dan patut turun dekat dengan lokasi homestay. Sembang dengan ahjussi, dia balas cakap korea. Angguk ajelah. Sempat jugak kami snap gambar dalam area airport Incheon. Dalam airport rasa hangat je, luar airport rasa sejuk.

Kami naik airport limousine bus nombor 6002. Sebelum naik bas kena Q dengan beg2 sekali. Panjang jugak orang nak naik bus ni. Alhamdulillah, akhirnya dapat nak jugak. Tambang semua sekali dalam 44,000won. Nanti you all convert sendiri. Perjalanan dari airport ke Seoul dalam 1jam 40min. Sempat lagi kami tido dalam bas.

Bila dah lepas Han River, kami dah masuk Bandaraya Seoul. Dalam bas, memang akan annouce setiap station yang mana bus akan berhenti bila ada yang tekan loceng. Lepas sejam perjalanan, masa ni 5.30petang. Kat sini maghrib awal, 6petang memang dah gelap. Kami pun tekan loceng bas, turun kat tempat yang dituju termasuk beg2 kami. Drebar bas ni, segak macam pilot je.

Sebelum sampai ke homestay, kami kena jalan kaki sikit. Homestay kami berhadapan Cheonggyecheon stream. Canggih bila nak masuk homestay ni, just pakai password je. Owner homestay ni, dah siap bagi semua kemudahan. Siap bagi pocket wifi dan wifi dalam homestay. Senang nak update info terkini. Memang laju internet kat korea ni.

Lepas dah siap2 buat apa yang patut kat homestay, kami ready nak buat nite tour area Seoul. Start dengan Cheonggyecheon Stream, seterusnya Seoul City Hall, kemudian Shinsegae, then, Myeongdeong street. Round2 guna servis tour agent yang tak bertauliah. Then, bagi anak-anak rasa kesejukkan malam di Seoul.



Aktiviti hari ke 2 di Seoul, kami ke Nami Island. Tempat wajib bagi tourist macam kami, untuk yang berminat dengan drama korea "Winter Sonata" atau " Autumn in My Heart". Memang wajib singgah ke Nami Island. Trip ke Nami Island ni, kami dah siap2 book thru apps Klook dari Malaysia. Memang dah siap bayar untuk trip. Just nak make sure, tempat nak pick up dan drop dekat dengan homestay. Trip Nami Island yang kami book no, dah siap dengan round trip bus ticket (Insadong - Namiseon Jetty - Insadong), dan termasuk tiket ferry ke Pulau Nami. Just download saje apps Klook, pilih trip yang mana kita nak. Asalkan cukup duit, cukup masa dan cukup tenaga nak melawat tempat yang jadi pilihan.

Bas kami akan bergerak tepat jam 9.30pagi dari Tapgol Park, Insadong. So, kami kena jalan kaki dari homestay dalam 10min. Insadong street ni, banyak jugak kedai souvenir. Kalau kat KL, ala-ala area Pasar Seni. Harga souvenir, a bit pricey. Masa ni, kedai belum buka lagi. Bus trip yang kami naik, sekali dengan tourist dari negara lain. Kami je rakyat Malaysia dalam bas ni. Sempat lagi snap beberapa gambar area tempat tunggu bas ni. Perjalanan ke Jeti Nami Island, ambil masa dalam 2 jam. Sempat lagi tido tau. Makan dan minum tak dibenarkan, pesan oleh drebar bas.

Sepanjang perjalanan ke jeti Nami Island, suhu semakin menurun. Cermin bas boleh nampak wap sejuk. Mujur dalam bas rasa hangat. Perjalanan memang lancar, sebab bukan peak season. Once dah sampai jeti, baru nampak ramai umat manusia dari worldwide. Memang glamer sangat Nami Island ni. Kami nampak tempat zip wire, yang mana nak masuk pulau tu pakai zip wire dipersilakan. Kena angin, terus beku kut. Hahaha. Temperature kat sini, memang sejuk yakmat. Memang kami dah standby dengan skarf dan gloves untuk ke sini. Kami dah tak perlu beratur beli tiket, sebab semua dah dibeli masa naik bas tadi. Just masuk naik ferry terus. Naik ferry tak sampai 10min, dah sampai Nami Island. Masa kami datang bukan peak season pun ramai. Apatah lagi, kalau peak season. Memang kena menunggu berlapis baris kut nak naik ferry. Dalam 10min kami pun dah sampai Pulau Nami. Banyak spot untuk bergambar kat sini. Enjoy the video.

Once dah sampai tengah pulau ni, ada area playground untuk anak-anak. Macam-macam kemudahan disediakan. Surau pun ada disediakan dalam pulau ni. Kalau ada yang nak naik tren, kalau ada yang nak naik basikal, semua ada. Kena sediakan duit je. Kami guna kaki untuk jalan keliling pulau, walaupun ada permintaan yang nak naik basikal. Hehehe. Kita nikmati sebaik-baiknya keindahan pulau ni.

Kami sempat lunch kat sebuah kedai ni. Ada 2 tempat, muslim boleh singgah makan. Kami singgah kat 1 tempat je. Yang satu tempat tu Q panjang. Kami beli satu set tteobokki dan nasi goncang. Hehehe. Memang habis licin kami makan, sebab lapar. Walaupun ada bekalan yang kami bawak, bekalan makanan yang kami bawak pun dah habis. Hehehe. Lepas makan, kami sambung lagi pusing keliling pulau ni. Sempat singgah beli souvenir kat pulau ni.

Memandangkan bus trip kami akan bergerak tepat jam 3.40petang. Kami kena naik feri semula jam 3.30petang. Kalau lambat, kena tinggal bas pulak. Naya pakcik oii. Ikut mana nak cari jalan pulang nanti. Alhamdulillah, memang best datang pulau ni masa time winter. Kalau datang tempat ni, musim apepun memang best. Janji boleh tahan suhu je.

Tepat jam 3.40ptg, bas pun bergerak pulang ke Seoul. Perjalanan ambil masa dalam 2 jam jugak. Sempat jugak kami tidur kejap. Sampai Seoul pun dah 5.30petang. Hari pun dah gelap, dah masuk waktu maghrib.

Kami balik homestay dulu. Nanti kami teruskan nite tour kami ke Dongdaemun Design Plaza (DDP). Pengalaman pertama kami naik subway di Seoul. Memang dah study lama thru apps pasal Korea Maps dan Subway kat Seoul ni. Tapi, belajar dari pengalaman lebih baik. Masuk area subway station nak cari entrance dan laluan yang betul pun dah mencabar sebab kali pertama. Nak keluar cari pintu exit tempat yang dituju pun dah mencabar. Memang seronok pengalaman naik subway di Seoul. Sistem info subway kat Korea memang superb.

Bila dah sampai DDP ni, kami pun p using2 je. Hajat nak cari tempat LED rose tapi tempat tu tengah renovation. So, kami pun jalan tempat lain. Then, balik jalan kaki ke homestay thru Dongdaemun Shopping Complex, lalu Gwanjang Market. Oleh kerana dah malam, banyak kedai dah tutup, tak sempat nak window shopping. Sempat beli strawberry kat sorang ahjussi. Half way lagi, kami balik homestay ikut Cheonggyecheon Stream terus sampai ke homestay. Esok aktiviti hari ke 3 pulak.


Aktiviti Day 3 paling mudah. Aktiviti khas untuk anak-anak. Kami singgah Lotte World Adventure. Tempat wajib untuk anak-anak berseronok. Kami singgah tempat ni, sampai tak nampak cahaya matahari. Tempat yang sesuai untuk Hakim, Hannah dan Hanis untuk berseronok sepanjang hari. Indoor theme park yang sesuai dengan mereka.

Kami dah book tiket thru apps Klook dari Malaysia. Just kena tukar tiket fizikal sebelum masuk sini. Ikut je panduan yang dah diberi. Dari homestay kami, hanya naik 1 line subway. Yang ni pun dah study awal, supaya tak kelam kabut kena tukar subway. Kami jalan kaki, ke station subway Euljiro 1 il-ga. Kemudian ambil subway di situ, terus ke stesen Jamsil. Kena tempoh beberapa stesen subway sebelum sampai. Mudah je. Alhamdulillah. Once dah sampai stesen Jamsil, kami just ikut panduan dalam shopping mall terus ke Theme park ni. Kena masuk ikut south gate theme park ni. Masuk je theme park ni, terus confuse nak main yang mana dulu. Pelajar sekolah, dari tadika sampai ke sekolah menengah memang ramai kat sini. Siap pakai baju sekolah lagi tu. Macam ada buat aktiviti kokurikulum pulak kat sini. Kemudahan surau pun ada disediakan jugak disini. Tapi, nak cari kedai makanan halal memang susah. Mujur kami bawak bekal. Taklah rasa kelaparan dalam ni. Outdoor games pun ada. Ini bukan peak season. Games yang syok2 tu, memang kena Q berlapis-lapis. Ada kena tunggu sampai 50min. Huhuhu. So, next time. Semua mainan untuk kids, mereka dah naik. Ada yang naik 3 4 kali. Hahaha. Kalau tunggu, sampai tutup kedai le jawabnya. Tiket yang kami beli termasuk tiket Folk Museum. Kita singgah melawat sejarah penubuhan negara Korea ni. Ada miniature Istana kerajaan Korea terdahulu.

Lepas dah habis main segala permainan, baru kami boleh keluar. Itupun dah malam. Kami plan nak ke Itaewon, cari kedai makan muslim. Kena naik subway ke Itaewon. Kali ni mencabar sikit, sebab kena tukar tren. Kena tukar line tren di stesen Sindang. Dari line tren color hijau, ke line tren color coklat. Kena make sure laluan dan exit yang betul. Kalau tersalah, confirm sesat. Alhamdulillah, berjaya juga ikut laluan yang benar. Sampai jugak ke Itaewon. Itaewon kawasan yang berbukit sedikit. Banyak kedai makan, yang mana muslim boleh makan. Banyak jugak kedai barangan halal kat sini. Suhu masa ni memang sangat sejuk. Kami singgah makan malam kat restoran Eid. Mujur dapat seat untuk makan. Dapat jugak merasa original korean food dari halal korean restaurant. Sempat snap gambar depan masjid Itaewon. Lepas makan kami pun pulang ke Homestay.

Sekali lagi kena naik subway, dari stesen Itaewon ke stesen Euljiro 1 il-ga. Kena tukar line tren color coklat ke line tren color hijau, tukar line tren di stesen Sindang juga. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai. Kena jalan kaki once sah sampai last stesen untuk ke homestay kami. Esok, aktiviti Day 4 pulak.



Aktiviti Day 4. Kami start lewat sikit untuk keluar dari Homestay, sebab last minit cari kedai Hanbok untuk disewa. Bagi Hakim, Hannah, dan Hanis rileks kaki, setelah 3 hari banyak guna kaki untuk berjalan. Mujur diorang happy je. Kami search Hanbok rental thru apps Klook jugak. Jenuh Mrs Wife tolong search kedai Hanbok. Nak cari kedai yang tak jauh dari kawasan Istana Gyeongbokgung dan tak jauh dari homestay kami. Alhamdulillah, akhirnya jumpa.

Last minit kami mencari hanbok untuk disewa ni. Mencari kedai sewa hanbok yang ada untuk anak-anak, siap dengan aksesori dan dandanan sekali. Banyak pilihan hanbok dalam kedai ahjumma ni. Mrs Wife book Theme Hanbok. Memang nampak awesome. Kami search dalam apps Klook.

Lepas book dalam apps Klook. Kena search pulak kedai ahjumma ni. Ahjumma kedai ni rajin bersembang, tapi dalam bahasa Korea lah. Hahaha. Jenuh nak faham. Kiranya tak berapa jauh jugak dari homestay kami. Tak berapa jauh dari Istana Gyeongbokgung. Kena jalan kaki lalu Insadong, kira macam pasar seni kat KL.

Lepas semua dah siap dengan Hanbok.  Kami cari transport ke istana. First time naik Kakao Taxi. Kat Seoul tak pakai apps Grab. Sembang dengan ahjumma kat kedai hanbok pasal apps Kakao Taxi. Kita cakap english + melayu, dia cakap korea. Dah macam ayam itik bercakap. Alhamdulillah. Asalkan sampai tempat yang dituju.

Besar jugak kawasan istana ni. Mujur kami sewa Hanbok ni dalam tempoh 4 jam. Memang boleh pusing semua kawasan dalam ni. Kami pakai hanbok, masuk kawasan istana memang dapat percuma. Yang tak pakai hanbok kena bayar entrance fee. Masa dalam kawasan istana, kami tak sempat tengok kejadian pertukaran pengawal istana. Memang suhu sejuk sekali, mujur kami pakai pakaian berlapis-lapis. Itupun sejuk jugak, bila terkena angin. Lopak air kat sini pun boleh beku.

Hampir 3 jam pusing area istana ni. Hakim, Hannah dan Hanis pun boleh jadi tumpuan tourist kat sini. Ada yang snap gambar mereka. Lepas dah habis pusing, kami pun jalan kaki ke kedai hanbok tadi. Sebabnye, tak dapat call Kakao Taxi. Agaknye peak time kut. Masa hantar hanbok kat kedai. Ahjumma bagi 3 keping gambar dan dia minta add ig kedai hanbok dia. Memang terbaik layanan kedai hanbok ahjumma ni.

Lepas tu, aktiviti kami ke Namsan tower. Waktu peak, kami naik subway ke sana. Naik tren line color oren dari stesen Anguk, kena tukar tren line color biru muda kat stesen Chungmuro. Then seterusnya ke stesen Myeongdong. Once dapat cari jalan exit yang betul kat stesen Myeongdong, kami terjumpa arca kartun TV. Arca kartun pororo, kartun larva. Singgah kejap beli air kat seven 11. Sebab nak menuju ke stesen cable car Namsan tower kena jalan secara mendaki lalu kedai dan rumah². Boleh tahan jugak, mendaki. Sampaikan ada yang nak semput, sebab dah lama tak buat exercise. Hehehe. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kat Namsan Cable car station. Ada pilihan untuk ke atas, samada jalan kaki atau naik cable car. Kami pilih naik cable car. Sebelum naik ke atas, kena beli tiket dulu. Kami beli tiket roundtrip untuk 5 orang. Harga tiket, boleh rujuk web namsan cable car.

Masa naik cable car, dah masuk waktu maghrib. So, boleh nampak siang, dan boleh nampak waktu malam bandaraya Seoul. Memang lawa pemandangan waktu ni. Suhu waktu malam lebih mencabar bila dah sampai atas. Kami berehat kat atas kejap. Ada kedai souvenir, ada kedai Hello kitty. Bagi yang nak naik atas Namsan tower ada caj akan dikenakan. Kami tak nak naik, sebab view dari aras bawah tower pun dah terbaik.

Bila dah cukup masa, kami pun turun kebawah. Then, masa untuk cari kedai makan pulak. Kat area myeongdong, ada sebuah restoran yang sediakan masakan Malaysia. Nama restoran ni, restoran Kampungku. Bila dah sampai kat restoran ni..OMG, kena Q. Memang tengah ramai. Kitorang terpaksa tapau makanan untuk bawa ke homestay. Kami beli semua jenis ayam goreng, beli dolsot dan bibimbap. Puas hati dapat makan ayam goreng korea. Nak tapau pun kena tunggu tau. Kalau time peak season, tak pasti pulak keadaan restoran ni. Yang pasti, memang akan penuh.

Lepas dah dapat makanan yang kami order. Kami pun p ulang ke homestay dengan suka hati, dan penuh kelaparan. Hehehe. Balik ke homestay, kami balik naik subway. Dari stesen Myeongdong, ke stesen Euljiro 1il-ga. Stesen line color biru muda, kena tukar stesen di Dongdaemun History & Culture Park. Kena naik tren line color hijau menuju ke Euljiro 1il-ga. Ambik jalan shortrcut thru bangunan Mirae Asset, terus sampai ke homestay kami. Makin pandai dah kami naik subway. Makanan pun still panas lagi. Seronok je anak-anak dapat naik tren subway. Dah sampai homestay, kami makan dengan sepuas hati. Esok last day pulak.


Aktiviti Day 5.
Hari terakhir kami di Seoul. Ohh, hampir terlupa nak cerita. Owner homestay bagi kami special price sebab kami request late check out untuk last day. Flight kami pukul 11.50mlm. Memandangkan ada anak², kami request late check out. Kami apply kat owner thru apps AirBnB. Alhamdulillah.

Untuk aktiviti last day, adalah hari shopping. Area shopping, asalnya area Insadong, Namdaemun dan Myeongdong street. Tapi, kena tambah lagi satu tempat - Dongdaemun Shopping Plaza.

Hari last day, suhu 2°C. Ditambah pulak dengan hujan. Memang sejuk yakmat nak keluar bandaraya Seoul. Lepas sarapan, kami jalan kaki ke Insadong street cari souvenir. Meriah betul bila shopping dengan anak-anak. Boleh tahan harga barang dekat Insadong street ni.

Lepas dah puas shopping dekat Insadong street. Kami ke Namdaemun Market. Kami naik subway ke sana. Lega sikit, sebab hangat bila guna tren subway ni. Once dah sampai stesen yang dituju, kena keluar kedunia atas untuk sampai ke Namdaemun Market. Besar sungguh pasar Namdaemun ni. Entah berapa tingkat bangunannye. Penuh dengan barang souvenir dan baju2. Cuma kami tertanya-tanya, mana kedai kain ela. Tak nampak pulak. Masa kami singgah sebuah kedai, beli souvenir tambahan. Kami tanya ahjussi, kat mana nak cari kain ela. Then dia cakap, itu dekat Dongdaemun. Masa tu lah kami kena susun plan untuk ke sana. Hehehe.

Lepas dah habis shopping area Namdaemun market. Kami jalan kaki ke Myeongdong street cari barangan kosmetik. Memang rambang mata kat sini. Terlalu banyak. Hehehe. Lepas habis survey dan beli, kami singgah mart beli buah strawberry. Lepas ni, kena ke Dongdaemun pulak. Kelam kabut jugak dibuatnya. Dari Namdaemun ke Dongdaemun, agak jauh untuk jalan kaki. So, kami naik tren ke Dongdaemun Shopping Complex untuk cari kain ela. Memang besar sebesarnye kompleks ni. Boleh sesat nak cari keluar dari kompleks ni. Mujur jumpa kedai kain ela.

Lepas dah habis shopping, kami pun balik ke homestay. Prepare apa yang patut untuk check out dan menuju ke airport ikut waktu yang sesuai. Kami naik airport limousine bus ke Incheon airport. Perjalanan dalam masa 1 jam setengah. Dari pagi sampai ke malam, hujan renyai. Alhamdulillah kami selamat sampai di airport. Tunggu flight kami, dan terbang pulang ke tanahair. Alhamdulillah.

Penutup:

Itulah aktiviti kami berlima sepanjang 5 hari di Seoul. Kalau ikutkan banyak lagi tempat yang kami nak pergi. Tapi tak cukup masa. Bawak anak-anak ke Seoul memang best. Betul kata tourist yang pernah datang sini. Ahjumma dengan ahjussi memang suka kat anak-anak kecil macam anak kami. Memang kena buat trip sekali lagi ke sini. Inshaa Allah.


No comments:

Post a Comment