Monday, 11 March 2019

Premium Beautiful Expert cuti-cuti Pulau Pangkor

Alhamdulillah, sempat juga nak settlekan pasal trip ke pulau pangkor kali ni. Sebenarnye, memang dah lama nak datang ke sini. Cuma tak berkesempatan je. Kali ni datang, book hotel last minit. 😘

[Hari pertama]
Kami gerak dari ipoh, ikut jalan simpang pulai - bt gajah - seri iskandar terus ke lumut. Kalau dari ipoh atau utara boleh ikut jalan ni. Kalau dari KL atau arah selatan pun boleh. Tapi jauh lah sikit perjalanannya. Kalau rasa² nak pendekkan jarak perjalanan, boleh tanya encik waze atau pakcik google ye. 😁

Bila dah sampai lumut waktu tengahari tu, lega sikit. Kena cari port utk lunch, banyak port untuk lunch kat sini. Google je. Sebelum tu, kami sempat survey dalam google. Nak naik feri ke pangkor, ikut jeti yang mana. Ada 2 jeti, satu di pekan lumut dan ada satu jeti di marina island. So, kami pilih naik feri dari marina island. Sebabnye, bagi kami mudah nak parking kereta. Boleh je, kalau nak naik feri dari lumut. Ada je tempat park kereta. Terpulang pada kawan².

Kami lunch kat kedai makan, yang mana menuju ke marina island. Oklah, buat alas perut. Sesudah lunch, kami pun gerak ke jeti marina island. Turunkan buah hati kesayangan dulu dan bagasi, then baru parking. Ada parking yg berbumbung, ada yang open dan ada parking jenis vip. Pilihlah ikut suka kawan². Saya pilih parking yang vip, sebab dekat dengan jeti dan berbumbung.

Dah sampai jeti marina island, kami pun beli tiket kat kaunter. Adult RM14 dan Child RM5. Lepas tu, kitorang ootd dulu. Alhamdulillah, cuaca redup masa tu. Dah habis ootd, kitorang pun menuju ke terminal feri.

Dari jeti marina island ke pangkor, perjalanan ambil masa 10 ke 15 minit je. Boleh lah, anak-anak pun tak boring dalam feri. Kalau naik feri dari jeti lumut ke pangkor, ambil masa lama sikit. Lebih dari 30 minit. Kalau yang tak kejar masa, oklah.

Once dah sampai kat jeti pangkor, kami pun mencari teksi berwarna pink untuk sampai ke tempat penginapan kami kat Pantai Teluk Nipah. Dulu pernah datang sekali je kat Teluk Nipah, masa sekolah menengah. Masa anak satu, kami datang kat area pantai pasir bogak. Kitorang 1 famili naik teksi kaler pink, nama je teksi tapi sebenarnya van. Van boleh muat 12 orang tau.

Perjalanan dalam 10~15 minit, dari jeti pangkor ke hotel kami kat teluk nipah. Teksi akan hantar sampai depan pintu hotel. Meriah sikit kat area ni, kedai² banyak. Cuma dari hotel nak ke kedai atau pantai kena jalan kaki dalam 400 meter. Anak-anak ok je, bila kena jalan kaki.

Oh lupe, tambang untuk teksi dari jeti pangkor ke tempat penginapan ada di tampal kat dinding tempat teksi. Senang tourist nak tahu. Kami book hotel untuk 2D 1N untuk trip kali ni. Nak bagi pengalaman kat anak-anak kat pulau pangkor.

Once dah check in dan letak beg. Aktiviti kitorang ronda², wefie dan ootd kat tempat² yang menarik. Then cari kudapan untuk minum petang. Beli makanan goreng². Mujur masa ni hujan tak turun. So, aktiviti berjalan lancar.😘

Lepas dah abis bergambar. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti air. Main air sampai matahari terbenam. Aktiviti kitorang kalau dah jumpa air ni. Tak lain, dan tak bukan, mandi dan berenang saje lah. Anak² kitorang ni pantang jumpa air. Kecut satu badan kitorang. Hehehe.

Selepas dah rest main air masa petang tadi. Sebelah malam, kami ronda² untuk cari port dinner area Teluk Nipah ni. Meriah waktu memalam kat sini. Kebetulan ada busker buat showcase depan kedai makan kitorang, layan aje lah. Tak habis tengok showcase kitorang balik bilik tido. Dah sampai bilik hujan pun turun. 😴😴

[Hari kedua]
Selepas sarapan. Aktiviti waktu pagi diteruskan dengan aktiviti main air. Main air lagi, lagi lagi main air. Lepas air laut, kemudian air kolam pulak. Main air sampai kecut balik. Main air sampai waktu nak check out. Hahaha. πŸ˜‚

Masa nak check out, request kat hotel teksi pink nak ke jeti. Nanti teksi akan pick up weolls kat depan pintu hotel. Kebetulan masa weolls check out salah satu jalan utama ditutup. So, weolls kena dibawa ke jalan utama yang lain. Kitorang bertuah dapat keliling satu pulau ikut jalan darat. 😊😁

Once dah sampai jeti pangkor, baru rasa nak shopping souvenir walaupun sebenarnya takde rasa nak shopping sangat pun. Belikan jajan anak-anak je. Tak sempat nak beli ikan bilis mata biru. Sebabnye, stok ikan bilis mata biru still ada kat rumah. Beli kat lumut aje sebelum ni. Hehehe 😁

Bila dah abis shopping, kitorang pun masuk ke jeti. Kitorang pun pi kaunter tiket feri. Ingatkan nak beli tiket feri untuk balik ke tanah besar. Rupanya tak perlu beli pun. Pakai balik tiket asal. Haa..engkau, gelabah cari tiket yang asal mujur tak masuk tong. Kalau beli tiket dari jeti marina, simpan tiket tu. Tolong jangan buang. Sempat kena bebel dengan isteri. πŸ˜‚. Nasib jumpa. Kena beratur dan tunggu feri sampai. Lega, dah boleh masuk feri. Yeayyy!! πŸ˜„Selamat pulang kembali ke tanah besar semenanjung. 😘😍


Kalau kail panjang sejengkal,
Lautan dalam jangan diduga. πŸ€—
Peace yo! Jom join Hakim pi pulau pangkor.


Sempat weolls ber ootd dan ber wefie sebelum feri sampai.


Kitorang lepak kejap mama papa.


Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
Jom kita naik feri.
Eiffle tower replika.


Jom kita wefie sebelum sampai jeti pangkor.


Tak sempat nak ambik gambar teksi pink. Kite jalan2 jap cari apa yang patut.


Yeay..time untuk masuk air.


Kita main bola dalam air dulu ye.



Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah ditepi pantai.
Hehehe. 😁


Weolls dinner makang ikang. Layan jugak kedai makan ni. Kat depan kedai ada busker buat show.


Kakak, ni ha..berenang nak jadi mermaid. πŸ˜‚. Lepas ni, kakak pakai PB macam mama lagi senang kakak nak swim tau. Yeay 😊☺



Penyu nak menetas, gali lubang dulu. πŸ˜‚



Nampak tak sirip kat belakang? *terlebih tengok cerita korea sangat ni. πŸ€”


Anak dah terikut nak jadi mermaid jugak. πŸ˜‚



Mentor kata, kalau pakai Premium Beautiful korset masa berenang kat laut lagi mudah nak terapung. Cer try. Mermaid tengah belajar nak apungkan diri atas permukaan air. πŸ˜„πŸ˜Š



Kite wefie dulu. Asyik gambar korang je.


Tudia aquaboy, selamba je swim tak guna tube.


Ha..kan dah cakap, pakai Premium Beautiful korset lagi senang nak berenang tau. Dahsyat skill mermaid saya ni. 😁😍


Masuk kolam pulak. Kolam atas bumbung hotel.☺ 



Geylang si paku geylang, 
Geylang si rama-rama,
Pulang marilah pulang, 
Marilah pulang bersama-sama.
Waktu untuk pulang. 😍😍😍








No comments:

Post a comment