Monday, 2 July 2018

Jalan-jalan Space U8 Bukit Jelutong Shah Alam


Nak berniaga tak perlu tunggu senang dan berduit baru boleh mula. Sekarang lah waktu sesuai mula sebab masih ada yang sudi beri tunjuk dan ajar tanpa berkira duit atau kenakan charge pun. Masih lagi boleh guna kaedah Free Cost Marketing. 


Masih ada kudrat yang sihat ni lah patut mula, tak perlu nak tunggu anak dah besar baru lah kita terhegeh hegeh nak cari duit lebih. Waktu tu anak anak besar panjang, banyak akal nya, belum kira kisah drama swasta lagi tu. Kita marah sikit kang keluar rumah ikut pintu belakang lagi haru biru kita. 

Jadi biar anak tengah kecik ni kita mula. Kalau nangis kita bagi upah susu, ais krim, mainan senyap lah dia. Bila besar biar kita jadi kawan serapat-rapatnya, kawan luah perasaan daripada dia cari kawan yang kita tak kenal kat luar sana. Risau kan zaman sekarang ni. Terlalu terdedah dengan dunia yang penuh pancaroba.

Okaylah, itu jelah cerita dari mama anak tiga ni. 
Bumble Bee ni korang minat tak? Akak tak jual lah. Kalau nak bergambar boleh ke Space U8 di Bukit Jelutong.



No comments:

Post a comment