Thursday 8 March 2018

Kata-kata Mutiara No.1 Certified Premium Beautiful Expert

Teringat kata-kata Dr. Anayasmin,

“Untuk berada dalam memori anak pada MASA DEPAN, kita perlu berada dalam hidup anak pada MASA SEKARANG”

Catatan dari seorang rakan alam maya >> 

Lebih tengking daripada puji.
Lebih pukul daripada peluk.
Lebih marah daripada belai.
Lebih rotan daripada cium.

Bila anak dah besar hanya memandang sepi telefon yang tak berdering.
Bila anak dah besar hanya merenung redup rumah yang kosong.
Bila anak dah besar hanya menatap sendu meja yang sunyi.

Anak dikata sibuk bekerja.
Anak dikata lupa orang tua.
Anak dikata pentingkan keluarga.
Sehingga abaikan ibu dan bapa.

Tapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar? Memori yang indah atau memori yang perit?

Anak sepahkan rumah, kita marah.
Anak tumpahkan air, kita pukul.
Anak pecahkan cawan, kita rotan.
Anak menangis, kita herdik.
Anak ajak main, kita leka.
Anak ajak berbual, kita tak endah.
Anak ajak pergi jalan, kita penat.
Anak makan sendiri terkial-kial.
Anak main sendiri termangu-mangu.
Anak tidur sendiri tersedu-sedu.
Anak tak pandai, kita keji.
Anak pandai, kita tak puji.
Anak berjaya, kita tak hargai.
Anak membesar dengan memori sepi.

Antara dosa-dosa besar ialah ANAK YANG DERHAKA PADA IBU BAPA tidak boleh dijadikan status KEBAL ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.

Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa.

Bila dewasa, hanya sisa HORMAT sahaja yang akan tinggal dalam hati anak bukan curahan kasih buat ibu bapa. Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita, peluk kita hanya kerana HORMAT bukan kerana SAYANG kepada orang tua.

Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar.
Jika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak.

Cipta memori indah bersama anak sekarang, bukan tinggalkan memori perit kepada mereka pada masa akan datang...
Semoga kite sama-sama dpt menjadi ibu dan ayah yg terbaik buat anak-anak. Inshaa Allah. Amiinn.. amiinn.. amiinn..



Abang lebih suka menjadi ombak atau pantai?

Pantai.

Kenapa?

Dia setia.

Lagi?

Setiap kali ombak menghempas dadanya, kasar atau lembut, pantai tetap di situ. Teguh.

Lagi?

Walau ombak terpaksa meredah laluan yang begitu jauh dari pantai bahkan mungkin mati di pertengahan jalan, pantai tetap menanti. Tak berganjak.

Lagi?

Itu saja. Bagaimana denganmu Kakak?

Kakak pilih ombak.

Kenapa?

Ombak sering berubah. Berubah mengikut cuaca. Tidak tetap. Ada masa-masanya terlihat gagah mencari pantai.

Ada juga waktu-waktunya terlihat payah menggulung lautan. Tapi hasratnya tak pernah berubah. Tetap yang itu. Bertemu pantai yang dirindu.

Lagi?

Ombak kuat. Tabah. Rela menempuh cabaran dan ujian sepanjang perjalanannya untuk bertemu pantai. Jika mati di pertengahan, akan hadir lagi sehingga sampai ke tepian.

Lagi?

Ombak sering gusar. Bergelora. Ganas. Kasar. Tapi saat bertemu pantai, dia tenang sendiri. Pantai itu penenangku kala resah.

Lagi?

Banyaknya soalan. Penat jawab.😊

Jom Adik kita mandi laut.

www.noharyani.com

#HakimHannahHanis
#OmbakDanPantaiBerpisahTiada




No comments:

Post a Comment