Monday, 9 October 2017

Premium Beautiful Expert Belajar Masak Cek Mek Molek

CEK MEK MOLEK VERSI ANAK RIANG
Saje nak share resepi Cek Mek Molek dari sorang kawan Cik Yaya namanya dari Kelantan. So, ni lah hasil Cek Mek Molek versi anak riang siang tadi. Yelah anak kita selalu main slime kan. Jadi hari ni main uli-uli dengan mereka tapi uli kali ni kita boleh main dan makan.
Resepi nya mudah sangat. Bahan pun simple-simple je.
So, bahan-bahan nya:
1. Ubi keledek
2. Tepung gandum
3. Marjerin (tak nak masuk pun takpe)
4. Gula
Bab berapa biji keledek tu agak-agak je nak makan berape ramai, tepung gandum tu pulak main campak-campak aje..
Cara-cara membuat:
1. Rebus ubi hingga empuk. Dah empuk, toskan air. Then, kupas kulit and lenyekkan ubi.
2. Masukkan marjerin 1/2 sudu.
3. Masukkan tepung gandum. Masuk kan tepung dan uli sampai doh tak melekat dekat tangan dan loyang.
4. Cubit sikit doh, gentel dan leperkan untuk letak gula. Dah letak gula, bentukkan supaya jadi bujur ye. Tak pernah tengok pulak cek mek molek bentuk 4 segi. Gula pulak jangan banyak sangat yer. Nanti bocorrrrr pulak bila tengah goreng tu.
5. Goreng dengan api sederhana. Siap untuk dimakan. Hati-hati pulak gula tengah panas lagi.
Mudah. Simple. Sedap!





Free Business consultation


Jom Orang Utara
Jom Orang Selatan 
Jom Orang Pantai Timur 
Jom Orang Terengganu 
Jom Orang Perak 
Jom Orang Melaka 

Yanie 013-2293422

FB : Noharyani Hafieez


IG: YanieHafieez

No comments:

Post a Comment