Wednesday, 22 November 2017

Majlis Ikhtifal Sekolah Agama Rakyat Al-Hasaniah 2017 - Hakim dan Hannah

Alhamdulillah, selesai sudah majlis Ikhtifal Sekolah Agama Rakyat Al - Hasaniah untuk tahun 2017. Tahniah dan syabas untuk murid-murid yang telah berjaya dan cemerlang pada tahun ini. majlis tersebut telah diadakan pada 18 November 2017, bertempat di Surau Al-Hasaniah, Kampung Seberang Sungai Tapah, Ipoh, Perak. Terima kasih juga kepada penganjur, jawatnkuasa majlis, para ustaz dan ustazah, murid-murid dan ibu dan bapa yang telah menjayakan majlis tersebut. 


Sebelum majlis bermula, Danish Hakim yang pakai baju hijau tu. Yang berbaju oren tu, anak ustaz ye, nama nye Uzair. Suka kacau Danish Hakim, entah le kenape. Yang berbaju hijau tu pun, anak ustaz, abang kepada baju oren, nama nya Uwais. 



Kakak Hannah Aqeelah duduk sebelah mak sedare nye, Cik Mashitah. Tahun depan 2018, deme ni masuk sekolah yang sama. Seorang kelas tahun 1, dan seorang lagi kelas tahun 2. 



Sempat juge buat temubual dengan deme bertiga ni. Steady je mereka cakap, mula saje cuti sekolah. Mereka nak berkhatan. Woww.. Si Dansih Hakim ni, belum confirm. Ada beberapa masalah teknikal. 




Sebelum mula majlis ni, Si Hanis Arissa sempat lagi main kat buaian. Ambil mood pagi. Nasib dekat dengan playground. Ada juga aktiviti nak dibuat. 


Inilah kerja beliau, bila mana kalau takde aktiviti nak dibuat. interframe depan kamera then selfie. Hahaha... aduhai Hanis Arissa. 


Anugerah Khatam Al-Quran, Mariah. 


Anugerah Kategori Sukan, Naufal (baju biru dari kiri). Sahabat baik Danish Hakim. 


Anugerah Cik Mashitah, lupe hadiah untuk ape.




Dalam hati mereka ni, dup-dap, dup-dap. Sementara tunggu giliran mereka untuk persembahan nasyid. 


Lagu Sumayyah


Lagu Ya Hanana

Pasukan mereka mempersembahkan 2 lagu nasyid. Hebat mereka ni. Dalam kumpulan diatas, ada Mariah dan Danish Hakim. 


Lagu Mari Belajar Al-Quran. 


Lagu Sepohon Kayu. 
Dalam kumpulan nasyid ni, ada Cik Mashitah. 


Penonton setia dalam majlis. 


Ehh, si kecik ni dah jadi AJK Makanan pulak. 


Anugerah Kecemerlangan untuk Danish Hakim. 


Anugerah Kecemerlangan untuk Hannah Aqeelah. 


Ustazah Jamaliah


Ustazah Najihah.

Mereka ni, adalah guru kelas agama untuk Hakim dan Hanis.  




Ok, majlis pun dah tamat. Jom kite balik rumah. Sekolah Agama Rakyat ni dekat dengan rumah arwah opah. Dulu, papa Mohd Hafieez pun belajar kat sekolah agama ni. Dah ramai dalam family kami belajar kat sekolah agama ni. Alhamdulillah, setakat ni semua dah berjaya. 

Tahniah dan Syabas uolls..