Monday 18 January 2016

Ikut Mama ke Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh…
Salam Sejahtera kepada semua warga blog di seluruh dunia…
Bertemu lagi kita disini..

Entry kali ni, teman nak cerita pasal jalan-jalan ke Alor Setar pulak.
Hobi teman ni same macam wife teman.. sambil kerja, sambil jalan-jalan dengan anak-anak, sambil cari tempat makan yang best.. Kome pun ada yang hobi macam ni juge kan.. Hehehe..

Kali ni, wife teman ada koje sikit di Alor Setar. Deme ade mesyuarat di sini. So, kami anak-beranak ikut aje wife teman ke Alor Setar. Kami bergerak dari Ipoh lebih kurang jam 11.30pagi, perjalanan dengan kereta ambil masa dalam 3jam dari Ipoh ke Alor Setar. Kalau nak diikutkan check in dekat Homestay dekat area Alor Setar. Orang sana panggil tempat tu ‘Pantai Johor’. Tak pasti mana deme dapat nama macam tu.
Masa ni, cuaca di Alor Setar mendung kadang kala hujan renyai-renyai. Sesampai je kami dekat homestay, tunggu le tuan rumah utk bagi kami kunci rumah. Homestay ni takde wifi. So, guna wifi sendiri. Homestay ni jenis Semi-D, ada 3 bilik. Kira besar juga ruang tamu dan ruang dapur. Kira tak mengecewakan. Lepas check in, kami semua kepenatan…masuk bilik masing2 dan rehat.

Aktiviti kami bermula lewat petang sampai ke malam. Lepas rehat2 kat homestay, kami pi ronda2 kat area pekan Alor Setar. Kami cari tempat untuk makan malam. Pusing punya pusing, kami akhirnya berhenti kat Stadium Darul Aman, makan malam kat situ. Makan malam biasa-biasa saja. Nak kata murah tak juga murah. Lepas makan, kami pi pasar malam area stadium lebih kurang macam downtown juge. Beli la barang2 mainan anak-anak kat situ. Lepas ronda-ronda kat situ. Kami pi Menara Alor Setar. Hehehe..susah benor nak dapat parking kat sini. Jenuh pusing-pusing kat sini. Akhirnya mendapat juge utk parking kereta. Harga tiket untuk naik Menara Alor Setar ni. Dewasa RM8.00 dan Kanak-kanak RM4.00. kategori lain tu teman tak pasti le berapa. Kami pun naik berlima. Hanis kira free. Untuk mengetahui berkenaan menara ni boleh dekat web menara alor setar. Lepas dah puas pusing-pusing menara Alor Setar ni, malam pun dah nak ke tengah malam. So, kami pun balik ke homestay semula sebabnye esok pagi wife kena masuk meeting.









Lepas wife habis meeting dalam tengahari tu, kami sempat lunch kat restoran atap rumbia. Boleh tahan lunch kat sini, selera kampong. Memang kena dengan selera tekak teman ni. Alhamdulillah.. harga boleh tahan. Sebab tu ramai orang yang lunch kat sini. Sebenarnya, kalau teman ada meeting kat sini. Teman dengan member pun lunch kat sini juge. Itu yang teman rekemen kat wife lunch disini. Habis lunch, teman balik semula ke Homestay untuk check out. Kalau Homestay, kita boleh maklum kat tuan rumah untuk check out asalkan takde yang nak check in. lain pula kalau hotel. Kena check out ikut masa yang ditetapkan.

Once dah check-out, kami singgah kejap ke Muzium Laman Padi. Bawak anak-anak untuk kenal dengan makanan ni. Nasib baik tak panas sangat kat sini. Tiket masuk ke muzium ni, RM5 Dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Masa kami melawat. Macam-macam benda boleh dilihat kat sini pasal padi atau beras dan ada juga tempat yang menarik dalam kawasan muzium padi untuk dilawati. Lepas dah habis melawat tempat ni. Kami pun terus pulang ke Ipoh. Sepanjang tempoh perjalanan dari Alor Setar ke Ipoh cuaca hujan. So, perjalanan agak perlahan. Kami sampai malam di Ipoh.





Sehingga berjumpa di entry yang akan datang...
Assalamualaikum..



No comments:

Post a Comment