Wednesday 6 January 2016

Percutian ke SWISS GARDEN DAMAI LAUT BEACH RESORT, LUMUT, PERAK

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh
Salam Sejahtera kepada semua warga blog di seluruh alam..

Entry kali ni, teman nak bercerita berkenaan percutian singkat kami sekeluarga ke Swiss Garden Damai Laut Beach Resort, Lumut, Perak selama 3H 2M bersama isteri dan anak-anak teman. Baru first time teman kesini bersama family walaupun kata je tingal di Perak ni. Hehehe... 

Sebelum ni, teman dan famili pernah ke Pantai Teluk Senangin. Tempat ni sebelum jumpa pantai teluk senangin. Nanti kita cerita di entry lain pasal Pantai Teluk Senangin ye.. Kalau nak pergi ke resort ni, kalau dari Ipoh ambil masa lebih kurang 2 jam. Tak sampai pekan manjung pun. Ada 3 jalan boleh sampai tempat ni. Kalau dari Taiping, ikut jalan Pantai Remis. Kalau dari Ipoh, ikut jalanraya Ipoh - Lumut. Kalau dari Teluk Intan @ selatan, ikut Lekir (pekan Sitiawan). 

Ni teman tunjukkan map nak ke resort ni; 


Sebelum sampai di resort ni, kami sempat lunch di Seri Iskandar. Beli sikit jajan kat petrol pump sebelum sampai resort. Setelah meredah jalan yg berliku dan berpuluh trafic lite dan persimpangan, akhirnya kami sampai juga. Dari simpang jalan besar nak masuk ke resort ni kena tempoh jalan yang berliku sepanjang 8km dengan menempuh jalanan yang berbonggol untuk sampai ke destinasi. 

Setibanya dah parking kereta walaupun rasa letih dalam perjalanan, rasa teruja tengok pemandangan resort ni.. kagumnya keindahan ciptaan Allah. Lama juge nak check in, kebetulan time cuti sekolah..ada juga foreigner yg menginap kat resort ni. 

Once dah masuk bilik, rehat jap sementara tunggu matahari redup...bilik kami tak mengadap laut, mengadap hutan. Sambil tu baring2 dalam bilik, main2 dengan anak..lepas asar je, kami terus siap-siap nak gi kolam mandi. Hahaha... satu famili dah ready utk takluk kolam swiss garden ni. Kolam mandi rsort ni, boleh dikira memang besar. Ada kids pool dan ada adult pool. Tapi jauh sikit dari bilik kami. Dekat pool ni, ada tempat mainan. Kat resort ni pun ada tempat main kanak-kanak. Rilek je anak-anak teman ni main kat kolam dewasa. Hahaha.. 



Lepas beberapa minit mandi kat semua kolam, sempat lagi kami turun ke pantai. Kalau nak ke pantai, kena turun melalui tangga.. tapi pantai tak berapa cantik macam pantai Teluk Senangin. kami pergi ke pantai yg terbuka kat resort ni. Ada juga pantai tertutup tapi mcm biasa, pintu tertutup. So, kami pun tak mandi kat pantai sangat waktu ni. Ini gambar dekat pantai. Yang best nye, pantai ni mengadap laut Selat Pangkor, nampak lah Pulau Pangkor depan resort ni. Itu lah pemandangan yg indah.. 


Kami sambung mandi kat kolam balik sampai nak masuk waktu maghrib. Once tengah duduk lepak kat kerusi panjang dekat kolam, ada pulak burung merak duk merayap kat sekitar resort ni. Nampak tak kepala burung merak tu. Anak-anak teman tengah bagi makanan kat burung tu. Hehehe..jinak juge burung ni. Lepas tu, kami siap-siap terus masuk bilik utk siap-siap makan malam. 



Lepas maghrib, kami siap2 nak pi dinner. hahaha..mana kami nak dinner. Kalau nak ke pekan lumut mahu 30 minit dengan kereta, pergi balik dah dekat 1 jam. Kat sini, kalau nak makan kat luar memang jauh dan kurang sikit kat area luar resort ni. Paling dekat, pekan Lumut atau Manjung. So, kerana penat mandi.. kami dinner kat dalam hotel ni saje.. boleh la.buffet. Anak2 teman dikira free. Itu yg jimat sikit. Harga buffet adult / person tengok pada hari kita menginap. kalau weekday, murah sikit berbanding weekend, public atau cuti sekolah. 

Lepas dinner, sempat lagi round sekitar hotel. Esoknye ulang aktiviti yg sama juga. Bangun pagi, masuk kolam, makan, tidor, masuk kolam balik, makan malam pastu tidur.. sampai le waktu check out. 
Oklah, setakat ni entry teman. 
Bertemu lagi kita di entry yang lain. 




2 comments: