Wednesday 28 March 2018

No1 Certified Premium Beautiful Expert Masuk Hospital Pakar

Mak aihhh, terkejut tengok deskripsi perubatan lepas keluar daripada hospital pakar ni. Ingatkan puluh bukan ratus ringgit macam kat klinik panel. Rupa-rupanya ribu-ribu ringgit. 

Itu pun, cuma jumpa doktor, sembang-sembang cerita sikit, kemudian bagi sampel penyakit kat lab hospital. Lepas tu ambil ubat kat farmasi. Kategori pesakit luar. Sekali dapat invois, terkejut zumba panama kejap. ๐Ÿ˜ฑ

Alhamdulillah sangat-sangat, sebab company suami boleh cover bill ubat ni. Bukan selalu datang hospital pakar ni. Sebabnya dah masuk klinik panel 3 kali, then sakit tak pulih-pulih. Then, doktor klinik panel minta kami rujuk pada yang pakar. Jenis kami ni, bukan sakit sikit-sikit sibuk je nak refer kat pakar. Sayang punya kat company, tak nak lah spend untuk kita je. Ramai lagi staff yang betul-betul memerlukan yang sakit kritikal. Bukan juga nak kata ubat hospital govt ni tak bagus, sangat bagus sebenarnya cuma proses nye ambil masa yang terlalu lamaaaaaa. 

Teringat kisah sebelum ni, masuk hospital pakar untuk kes anak yg warded saje. Masa bersalin hakim di Selangor Specialist Hospital dalam 3k juga, masa bersalin hanis di KPJ Ipoh up sikit dalam 7k sebab ceaserian dan masa Hannah demam 5 hari di KPJ Kajang ntah lupa berapa kos. Hannah tak sempat lah lahir di Hospital Pakar, sebab dia special kes sikit. Premature baby si kakak ni dan bersalin di hospital putrajaya. Kos pun ratus ratus je walaupun duduk di nicu hampir 10 hari.

Lepas ni, nak kena explain kat anak-anak lah. Bestnye kalau salah seorang boleh jadi doktor. Bukan sebab boleh dapat gaji banyak. Tapi, banyak benda yang dia boleh tahu untuk sentiasa hidup sihat dan ceria. Boleh jimat kos medical kat sini kan melainkan sesuatu benda yang kita tak boleh elak.

Masa menunggu queue kat hospital tadi sempat tengok iklan servis dari hospital. Ada servis ujian saringan kesihatan dan ada juga pemeriksaan kesihatan untuk bahagian peranakan wanita. Memang canggih dan hebat alat nye. Ntah lah berapa kos semua kalau nak buat tu.

Mujurlah KYanie pun jadi pakar jugak. Pakar dalam bidang alih dan tetapkan lemak orang lepas bersalin terutama yang nak sihat dan kurus. Tambah pula amalkan Herba turun temurun Maharani untuk kekalkan kesihatan dalaman. Murah, Jimat dan Terjamin Berkesan๐Ÿ˜. Jadi, KYanie sarankan uols cecepat contek KYanie and team ye. Nak belajar bina Duit pun boleh.







Boleh contact Yanie direct ye.


013-2293422

013-2293722

Page FB: Premium Beautiful Expert Malaysia 

IG: Noharyani Mat  Sidik
IG: Program Kurus Sihat

FB: Noharyani Mat Sidik


#ProjekBerjasaSambilMerasa
#MasterYourNetwork
#MasterYourSales
#No1CertifiedPremiumBeautifulExpert
#SHOMBatuCaves

Saturday 10 March 2018

Bagai layang-layang putus tali ~ No.1 Certified Premium Beautiful Expert


Dalam setiap perjalanan kehidupan manusia, matlamat kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Tanpa matlamat, impian dan cita-cita, kita tidak ubah seperti layang-layang yang putus talinya, tiada arah, tiada tuju, akhirnya tersungkur ke bumi.

Maka, wujudkan matlamat yang murni dalam kehidupan dan keluarga kita. Wujudkan rasa ghairah dan cinta untuk mencapai matlamat itu. Buangkan semua alasan yang pernah diucap dan cuba sedaya upaya diiring doa agar matlamat kita tercapai.

Untuk mewujudkan alasan sifar dalam diri, kita perlu mengubah cara pemikiran dan membina keyakinan diri. Cintai dan kasihilah diri sendiri, barulah dapat mengasihi dan menerima orang lain.
Jangan salahkan orang lain, keadaan atau masa. Jangan jatuhkan hukuman pada diri sendiri jika sesuatu ujian menimpa. Ketahuilah bahawa Allah sentiasa akan menguji hambanya dan Dia ingin melihat siapakah di antara kita yang lebih baik amalannya.

Jangan sekali-kali lepaskan impian kita. Kejayaan hanya datang bagi mereka yang bersungguh-sungguh dan yang berani mengenepikan alasan. Terimalah cabaran, ketahuilah setiap cabaran itu ada hikmahnya.

Berani mencuba, tanpa mencuba, tiada pengalaman. Hati-hati terhadap perasaan takutkan kegagalan dan penolakan.
Penutup untuk malam ni. Untuk mengingati diri ini, kadang-kadang ada yang terlupa secara tak sengaja.

Mohon maaf, sekiranya ada salah dan silap. ✌๐Ÿ˜‰

#ProjekBerjasaSambilMerasa



Thursday 8 March 2018

Kata-kata Mutiara No.1 Certified Premium Beautiful Expert

Teringat kata-kata Dr. Anayasmin,

“Untuk berada dalam memori anak pada MASA DEPAN, kita perlu berada dalam hidup anak pada MASA SEKARANG”

Catatan dari seorang rakan alam maya >> 

Lebih tengking daripada puji.
Lebih pukul daripada peluk.
Lebih marah daripada belai.
Lebih rotan daripada cium.

Bila anak dah besar hanya memandang sepi telefon yang tak berdering.
Bila anak dah besar hanya merenung redup rumah yang kosong.
Bila anak dah besar hanya menatap sendu meja yang sunyi.

Anak dikata sibuk bekerja.
Anak dikata lupa orang tua.
Anak dikata pentingkan keluarga.
Sehingga abaikan ibu dan bapa.

Tapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar? Memori yang indah atau memori yang perit?

Anak sepahkan rumah, kita marah.
Anak tumpahkan air, kita pukul.
Anak pecahkan cawan, kita rotan.
Anak menangis, kita herdik.
Anak ajak main, kita leka.
Anak ajak berbual, kita tak endah.
Anak ajak pergi jalan, kita penat.
Anak makan sendiri terkial-kial.
Anak main sendiri termangu-mangu.
Anak tidur sendiri tersedu-sedu.
Anak tak pandai, kita keji.
Anak pandai, kita tak puji.
Anak berjaya, kita tak hargai.
Anak membesar dengan memori sepi.

Antara dosa-dosa besar ialah ANAK YANG DERHAKA PADA IBU BAPA tidak boleh dijadikan status KEBAL ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.

Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa.

Bila dewasa, hanya sisa HORMAT sahaja yang akan tinggal dalam hati anak bukan curahan kasih buat ibu bapa. Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita, peluk kita hanya kerana HORMAT bukan kerana SAYANG kepada orang tua.

Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar.
Jika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak.

Cipta memori indah bersama anak sekarang, bukan tinggalkan memori perit kepada mereka pada masa akan datang...
Semoga kite sama-sama dpt menjadi ibu dan ayah yg terbaik buat anak-anak. Inshaa Allah. Amiinn.. amiinn.. amiinn..



Abang lebih suka menjadi ombak atau pantai?

Pantai.

Kenapa?

Dia setia.

Lagi?

Setiap kali ombak menghempas dadanya, kasar atau lembut, pantai tetap di situ. Teguh.

Lagi?

Walau ombak terpaksa meredah laluan yang begitu jauh dari pantai bahkan mungkin mati di pertengahan jalan, pantai tetap menanti. Tak berganjak.

Lagi?

Itu saja. Bagaimana denganmu Kakak?

Kakak pilih ombak.

Kenapa?

Ombak sering berubah. Berubah mengikut cuaca. Tidak tetap. Ada masa-masanya terlihat gagah mencari pantai.

Ada juga waktu-waktunya terlihat payah menggulung lautan. Tapi hasratnya tak pernah berubah. Tetap yang itu. Bertemu pantai yang dirindu.

Lagi?

Ombak kuat. Tabah. Rela menempuh cabaran dan ujian sepanjang perjalanannya untuk bertemu pantai. Jika mati di pertengahan, akan hadir lagi sehingga sampai ke tepian.

Lagi?

Ombak sering gusar. Bergelora. Ganas. Kasar. Tapi saat bertemu pantai, dia tenang sendiri. Pantai itu penenangku kala resah.

Lagi?

Banyaknya soalan. Penat jawab.๐Ÿ˜Š

Jom Adik kita mandi laut.

www.noharyani.com

#HakimHannahHanis
#OmbakDanPantaiBerpisahTiada