Monday 4 March 2019

Trip Bajet Krabi Day 4



Hari ni, hari keempat kami di AoNang Krabi. Hari terakhir percutian kami untuk edisi kali ni. Kalau ikutkan percutian Krabi kali pertama. Untuk hari terakhir, waktu pagi lepas sarapan kami terus ke Pantai AoNang untuk mandi pantai. Sambil menghirup udara pantai, tengok ombak, dan tengok longtailboat yang berlabuh kat pantai. Kami mandi pantai sampai anak² puashati.

Memandangkan Hakim dan Hannah tak berapa sihat masa ni. So, aktiviti mandi-manda ni tak berapa nak ceria macam aktiviti hari kedua dan aktiviti hari ketiga. Hanis sorang saja yang ceria sebab dia sihat dan ceria. Siap main pasir pantai budak Hanis ni. Lepas dah mandi pantai, kami hanya celup kaki kat pool hotel je. Kemudian nak bersiap-siap nak check out hotel.

Kami check out hotel on time. Sebelum nak check out hotel. Kami dah siap² book shuttle untuk ke Airport Krabi. Disebabkan flight kami pukul 6petang waktu Thailand. So, kami singgah lunch dan solat di kawasan Masjid AoNang. Lunch makan tomyam jugak tu. 😁. Lepas lunch, kami pun gerak ke airport. Perjalanan ke airport dengan shuttle van ambil masa dalam 1 jam. Ada yang sempat tidur sementara nak sampai ke airport.

Oklah setakat tu aktiviti percutian antarabangsa dari kami setakat ni. Inshaa Allah, sehingga kita bertemu lagi. 😙😘

No comments:

Post a Comment